Posts

Showing posts from November, 2012

Misi Mencari Lappy

Aduh! Malas betul bila start to think what the bestest lappy you have to buy. Kenapalah tak sesenang beli handphone yang memang totally tak payah nak survey sangat. Oleh kerana macam satu keperluan makanya, sy mencari lappy yang betul-betul terbaik kerana sy bukan penggemar lappy, selalu tukar lappy mahupun upgrading lappy. Sekali beli, terus pakai sampai mati. Dalam hati ini sudah ada lappy yang menarik minat sy. Hopefully dapat beli sebelum hujung tahun 2012 berakhir.

Almost to forgot!

211112 - cantik tarikhnya. Saya panggil ini nombor cermin. Kenapa nombor cermin?. Tengok ye 211|112, palang di tengah itu ibarat cermin, nampak seperti dipantul semula nombor-nombor itu, kn?. Hehehe. Pandai-pandai je. Actually, sepanjang hari ini tak terperasan pun akan tarikh ini. Tapi bila petang menjelma, sebelum nak pulang dari pejabat, tiba-tiba menjelma ingatan tulus ikhlas. Rupa-rupanya hari ini adalah ulangtahun perkenalan saya dan incik kesayangan. Setahun selepas berkenalan kami ditunangkan dan kini telah pun selamat menjadi isteri kepada incik kesayangan ini. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah

Kunjungan family in law ke rumah

Image
Hari ni dapat kunjungan daripada family in law. Rasanya ni first time melayani tetamu secara berhemah. Sebelum ni bukan tak pernah berhemah, tp kureng sikit. Hehehe. Alhamdulillah dengan kunjungan family in law hari ni memang berbaloi sebab dapat merasmikan dishwear dan kutleri daripada vantage yang selama ini terperap di dalam kabinet dan stor. Bila serve diorang tadi, barula perasan yang selama ini saya tak ada dulang! Alamak, dulang pun tak ada! Bukan tu saja, paling memalukan teko cantik pun tak ada. Aiseh, ni dah tahap kronik ni. Cukup bulan kena cari ni. Harus! Malu sudah. Jom surf teko yang comel.

Sudah masuk tahun baru Hijrah

Image
Alhamdulillah, dah masuk waktu Maghrib, bermakna kita dah pun masuk ke tahun baru Hijrah. Bila sebut je tahun baru, ayat sinonim dengan tahun baru adalah AZAM baru. Rasanya semua orang tak terlepas untuk mencipta azam baru ni walaupun azam yang sebelum ini belum tercapai (kata kat diri sendiri ni. Hehehehe) Okeylah, cerita pasal azam baru ni, mulai dari tahun ini, hari ini, waktu ini, detik ini, tiada lagi azam seperti sebelum ini kerana biasa-biasanya azam sebelum ini boleh dikatakan hampir tidak dipraktik pun start dari awal tahun sampai lah hujung tahun. Teruk,kan? Oleh itu keazaman pada tahun ini akan dan telah pun sebenarnya diubah sejak pindah rumah hari tu, azamnya ialah untuk berniat baik, berbuat baik dan sentiasa mengingati Peringatan Allah pada SETIAP HARI selagi masih bernyawa. InsyAllah. Azam ini akan sentiasa menjadi azam setiap kali bangun dari tidur dan sebenarnya sebahagian daripada azam ini telah pun dipraktikan. So, da masuk tahun ni sama-samalah kita buka buku bar...

Aktiviti di kala hari cuti

Image
Bila cuti-cuti ni biasanya takde la sangat aktivitinya. Cuma saja nak share drama anak-anak ketika momma mereka yang menjaga dikala cuti. Entry yang ini nak cerita pasal shifa. Shifa sekarang ni da asyik nak memanjat je. Pantang nampak tempat berpaut, mesti mula memanjat. Ada masa sempat amik gambar dia yang gigih nak berdiri kadang-kadang memang tak sempat la. Mana taknya bateri hp asyik out je gara-gara momma yang suka sangat main game la, surfing la. So untuk drama anak-anak kali ni kita sertakan la gambar. Nama pun nak share, ye dok?

Dear heart, please be positive to me.

Image
Salam. Saja nak share pagi-pagi buta ni. Kenapa la hati ini susah sangat nak jadi positive? Untuk diri sendiri kot. Kenapa mesti rasa negatif lebih kuasai diri. Padahal dah tau rasa negatif tu boleh spoilkan mood dan semangat diri sendiri. Aduhai hati, semoga dijauhkanlah dari rasa negatif yang ingin menguasai diri. Selamatlah pagi hari yang cuti. Peace.

Follow the technologies

Hari ni dah Jumaat, kejap je masa berlalu. Tak sabarnya nak tunggu incik unifi masuk rumah. Semalam dah submitted salinan kad pengenalan kat ejen TM. Diorang dah set date untuk datang pasang lagi dua minggu. So, nak cakap apa lagi, kita tunggu je lah.

Addicted to decorate my home sweet home

Image
Sejak dah pindah rumah ni selalu je servey nak hias rumah. Actually bukan hias rumah sangat. It's more than nak susun atur barang- barang dalam rumah. Tak nak lebih-lebih takut rumah crowded dengan barang-barang. Lebih suka kalo kemas dan teratur bukan simple semata-mata. So, pada sesiapa nak share how to decorate the home sweet home, jangan segan-segan nak drop your ideas ye. I really love to hear how is your ideas. Mungkin your ideas lagi better dari my dreams or more practical. Thank you so much in advance.

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Tanggal 5 November 2012, pada jam sekitar pukul 3.45 petang, ketika sedang sibuk dengan hal-hal di pejabat, mama telefon dan memberi khabar yang amat mendukacitakan. Satu-satunya nenek yang tinggal telah pulang ke Rahmatullah. Kelunya lidah ketika itu, tiada sebarang perkataan pun menyusur dari mulut. Sesungguhnya kuasa Allah memang tiada tandingan. Setiap yang hidup pasti akan mati. Al fatihah buat arwah nenek. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sedihnya sebab tak dapat nak berjumpa lagi. Tiada lagi nenek yang akan dikunjungi dan diziarahi bila pulang ke kampung nanti.

Tentang Diha..

Image
Amboii.. Tajuk kedengaran seperti tajuk drama kt tv la plak. Hehehe. Rasa nak glamour la juga. Okey, my name is Nadiha bt Hashim. Daughter of Hashim bin Mohd and Rohana bt Mohd Dagang. I was born at General Hospital in Kuala Terengganu. I am the 2nd child in my family. I have a brother name Helmi Murdazir b Hashim. I have 2 little sister Nur Hidayah bt Hashim and Narziati bt Hashim (passed away on 13th October 2008😭). Now,my status already change. What status?? Hehehe. That was mean I've been married to my lovely husband, Mr. Ahmad Shah Abdul Aziz. I am also a mother to 2 little daughters, Nur Anis Raisha and Nur Aimy Shifa. Wahh.. Bila sebut perkenalkan diri terus speaking London. Cewaaahhh. By the way (still speaking,adoiii tak tahan betul. Hehehe), mungkin takde la sangat hal yg menarik tentang diri ini tp ia tetap menarik di hati sendiri sebabnya ia adalah kurniaan yang tiada nilai bandingan oleh Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung. Alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Hmm..baru mula nak memblogger. Sebelum ni, cuma tengok dan berangan2 je nak menulis blog. Padahal dalam notes, penuh dengan coretan itu ini..apedaaa!!! Nak mula dengan apa ye? Dari mana nak mula? Camne nak mula ni? Aduhaaiii.. Blog sendiri kot, apsal susah sangat nak mula.. Okey..mula la dengan lafaz Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Peace!