๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป Vs ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป 

S๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐Ÿ˜Ž




 


Kesilapan yang sering dilakukan dalam mengurus wang ialah kita gagal membezakan antara menyimpan dan melabur. Nampak sama tapi hakikatnya lain. Jika kita faham apa itu simpanan & apa itu pelaburan ia akan menjadi mudah. 


๐™Ž๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ


✅Simpanan ialah apabila kita memperuntukkan sebahagian wang untuk disimpan dan diletakkan di tempat yang selamat seperti dalam tabung dan akaun simpanan di bank.


✅Wang yang disimpan hanya akan bertambah sekiranya kita menambahnya. Contohnya, wang saku yang disimpan setiap hari telah terkumpul sebanyak RM100 dan disimpan ke akaun simpanan bank.


✅Jumlah itu akan kekal selagi ia tidak ditambah kerana wang dalam akaun simpanan tidak menerima dividen yang besar, biasanya hanya sekitar 1% atau kurang daripada itu.


✅Jadi, wang yang dibiarkan dalam akaun simpanan ialah wang yang kita perlukan untuk perbelanjaan bulanan diri dan keluarga.


๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™—๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ


☑Berlainan dari konsep simpanan, wang yang dilaburkan bertujuan untuk berkembang kerana ia berpotensi menerima pulangan yang lebih tinggi.


☑Untuk melabur, kita tidak perlu menunggu sehingga kita mempunyai banyak duit. Jumlah kecil boleh dikembangkan dengan syarat kita berdisiplin dan melabur secara konsisten untuk tempoh masa tertentu.


☑Oleh itu, jangan lupa untuk melaburkan wang yang kita simpan dalam tabung setiap kali tabung sudah penuh.


☑Jika ingin membeli sesuatu, ambil dari tabungnya, selebihnya laburkan dengan segera agar ia boleh terus bertambah dari masa ke semasa.


☑Mengurus wang dengan bijak bukan lah sekadar menyimpan. Antara caranya ialah dengan melaburkan wang kita. Ingat, lebih awal kita melabur, lebih besarlah wang yang boleh kita kumpul. 


Semoga bermanfaat๐ŸŒน

Comments